Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di Ukraine adalah gangguan akses internet sekaligus menyukarkan mereka untuk berhubung serta mendapatkan bantuan sewajarnya dari pihak luar. Masalah ini menjadi sangat serius terutamanya di kawasan yang menerima serangan yang cukup hebat.

Oleh itu, seorang pengawai kerajaan Ukraine telah meminta Elon Musk untuk menyediakan stesen Starlink iaitu sambungan internet berasaskan satelit kepada negara tersebut. Lantas, Elon Musk memberi respon dengan mengatakan servis satelit Starlink kini aktif di Ukraine untuk menggantikan perkhidmatan internet yang musnah akibat serangan Rusia.

Sambungan internet di Ukraine telah terjejas oleh pencerobohan Rusia terutamanya di bahagian selatan dan timur negara itu di mana pertempuran paling dahsyat berlaku. Walaupun dikira sangat mahal untuk digunakan, teknologi satelit boleh menyediakan internet untuk orang yang tinggal di luar bandar atau tempat yang sukar diakses.

Hal ini kerana kabel gentian optik dan menara sel tidak dapat mencapai di kawasan tersebut. Teknologi ini juga boleh menjadi solusi terbaik kepada masalah berlakunya bencana alam atau cuaca yang ekstrem yang sering mengganggu pihak penawar rangkaian sebelum ini.

Difahamkan lebih banyak terminal bakal ditambah di negara terjejas itu tidak lama lagi. Setakat tahun ini sahaja, SpaceX mempunyai 1,469 satelit Starlink yang aktif dan 272 unit bakal bergerak ke operasi orbit dalam masa terdekat. Internet berasaskan satelit dilihat merupakan salah satu pilihan internet buat anda mahukan capaian internet yang baik walau di mana jua atau cuaca ekstrem.

Pada awal bulan ini juga, syarikat Starlink telah memperkenalkan pelan internet premium berharga RM2,090 dengan kepantasan capaian sehingga 500Mbps.

Starlink Tawarkan Pelan Internet 500Mbps Pada Harga Sekitar RM2,090 Sebulan

Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit